I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Sabtu, 30 Januari 2010

YB ADUN Sura Sumbangan Kecemerlangan Pelajar PMR Di Cawangan Kg. At/Sg

Dungun - PAS Cawangan Kg. Alor Tembesu / Sura Gate sekali lagi telah dikunjungi oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dalam jadual menyampaikan penghargaan kepada para pelajar cemerlang PMR 2009.

Di cawangan Kg. Alor Tembesu/Sura Gate seramai 9 pelajar telah dikenalpasti memperolehi keputusan 7A/8A/9APMR 2009. Sumbangan disampaikan sendiri oleh ADUN Sura, turut mengiringi Tn. Haji Hassan Abd Aziz Ketua Cawangan,Setiausaha En. Nordin Sulaiman dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Saidi Mamat.







Jumaat, 29 Januari 2010

Terhibur Dengan Ziarah ADUN SURA YB. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Dungun - Kg. Balai Besar, Inilah satu-satu rumah uzur yang saya ada untuk berteduh selama ini. Namun keadaan itu berbeza pada tahun ini apabila rumah yang selama ini tempat berteduh musnah sekelip mata dalam satu kebakaran kira-kira jam 1.15 ptg.

Lebih menyedihkan segala barangan dan buku sekloh anak turut hangus dijilat api kata En. Rozlan Mohamad 43, pekerja am, bapa kepada 2 orang anak 6, 9 tahun dengan nada sebak dan sedih dan terkilan kerana beliau tiada di rumah.

Ketika kejadian isteri dan ibu saya berada dirumah, isteri saya berteriak meminta tolong terus berlari kearahnya rumah jiran, masa itu orang tiada berkerja.

“ saya anggap ini sebagai takdir dan pasti ada hikmah di sebaliknya

Berikutan itu pihak Bomba dan Penyelamat Dungun dikerjarkan ke lokasi kejadian untuk memdamkan kebakaran, panggilan kecemasan daripada orangramai.

Beliau merasa terhibur dengan ziarah ADUN SURA YB. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, turut mengiringi ziarah ini ialah Wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura ,Ahli Jawatankuasanya PAS Cawangan Balai Besar.










Rabu, 27 Januari 2010

JPWP DIMINTA JELASKAN BENAR PROGRAM JUARA RAKYAT DI SEKOLAH

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Pakatan Rakyat Segambut hari ini ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Umno/Barisan Nasional menggunakan sekolah untuk menjayakan program Juara Rakyat.

Penjelasan itu dituntut dalam satu memorandum membantah Umno menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya pada Ahad, 24 Januari lalu menggunakan nama 'Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia'.
Penyerahan memorandum diketuai oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Ng.
Bagaimanapun, memorandum berkenaan hanya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Pengarah JPWP, Fazreen Shandee kerana Pengarah, Suliaman@Sulaiman Wak tiada di pejabat pada waktu itu.
Ekoran itu, Lim memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Sulaiman secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Mereka juga menuntut agar pihak JPWP mengeluarkan surat pekeliling mengenai larangan menggunakan sekolah untuk tujuan politik kepada mana-mana parti.
Ini berdasarkan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang melarang penggunaan sekolah sebagai tempat berpolitik.
Umno secara terang-terangan melanggar arahan itu apabila mewujudkan khemah khas ‘Jom Masuk Puteri’, mengadakan promosi pada sepanduk program yang tertera logo Umno dan BN 1Malaysia serta kehadiran pemimpin-pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno pada program berkenaan.
Selain itu, pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan pulang ke rumah pada minggu itu untuk memastikan mereka menghadiri program tersebut.
Bercakap selepas menyerahkan memorandum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Segambut, Mohd Ishak Sidin berkata, pihaknya kesal terhadap pihak pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang membenarkan penggunaan sekolah untuk perogram yang jelas merupakan kepentingan politik Umno/BN.
"Kami hadir ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan hari ini bagi menunjukkan bantahan kami terhadap pihak sekolah dan Umno/BN yang bersekongkol untuk menjayakan program mereka walaupun secara terang-terangan melanggar arahan pihak kementerian," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Naib Ketua PKR Cabang Segambut, Mohd Maswan Darjoh berkata, jika JPWP membenarkan Umno/BN menggunakan sekolah untuk sebarang program parti, Pakatan Rakyat juga akan menuntut perkara yang sama.
"Kami nak tahu adakah Jabatan Pelajaran memang membenarkan parti politik mengadakan program di sekolah. Kalau memang dibenarkan, kami pun nak buat program di sekolah, sedangkan selama ini Pakatan Rakyat memang tidak dibenarkan langsung mengadakan program di sekolah," katanya.
Lim pula berkata, tindakan itu sangat tidak adil kerana beliau sendiri pada tahun lepas tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengagihkan penutup muka kepada pelajar di sebuah sekolah sebagai langkah mencegah penularan H1N1.
"Pengalaman saya sendiri pada tahun lepas, langsung tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengagihkan topeng muka kepada pelajar. Mereka kata hanya boleh bagi di luar kawasan sekolah tapi bila Umno/BN nak buat program, mereka senang-senang benarkan," katanya.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Segambut menuntut tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk kepentingan mereka.
Program minggu lalu juga mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penerangan Malaysia, Kolej Yayasan Melaka dan Kolej Giat Mara Segambut.
Sebanyak sepuluh buah bas telah digunakan untuk mengangkut peserta dan jentera Umno dari luar untuk memeriahkan acara.
Tindakan anggota Puteri dan Pemuda Umno yang bebas keluar masuk kawasan asrama juga  menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di kalangan ibu bapa pelajar.
Pakatan Rakyat Segambut menerima aduan itu daripada pihak ibu bapa pelajar sendiri yang tidak berpuas hati dengan program tersebut.
Lim juga memberitahu, surat memohon penjelasan juga telah diserahkan kepada pihak sekolah namun belum mendapat sebarang jawapan daripada mereka.

Operasi perangi kafe siber judi habis-habisan


AMPANG – Kesungguhan polis Selangor memerangi jenayah perjudian berkomputer di setiap daerah yang dikenal pasti menunjukkan hasil setelah 21 pemilik premis ditahan, baru-baru ini.

Dalam 21 serbuan Operasi Dadu yang dijalankan di sekitar daerah Ampang sejak awal Januari sehingga kelmarin, polis turut merampas 199 mesin perjudian berkomputer menggunakan Internet.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, semua pemilik premis yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Kita akan meneruskan operasi khas ini bagi memerangi habis-habisan kegiatan perjudian berunsurkan mesin komputer berinternet agar kegiatan perjudian dapat dihapuskan sama sekali terutamanya dalam daerah Ampang Jaya.

“Operasi akan dijalankan secara berterusan dan kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi sindiket perjudian ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan indah di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Pencegahan terhadap penganjur kegiatan perjudian ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengisytiharkan perang kafe siber dalam rancangan polis tahun ini bagi mengekang kewujudan premis perjudian berkomputer yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak dan Ampang antara empat daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan panas perjudian berkomputer.

Kepala babi hutan dijumpai di dua masjid di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR-  Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang  yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata, bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.

“Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu ia didapati berisi kepala babi hutan,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.-Bernama

Sabtu, 23 Januari 2010

PERGI TAK KEMBALI (AL-FATIHAH)

Dungun 23Jan – Gong Pasir Pemergian Allahyarhan Sh Abdullah Sh Salim 64, ke rahmatullah pada pagi ini, bukan sahaja dirasai oleh seluruh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Gong Pasir, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung Dungun dan khasnya PAS.

Rumah Allahyarhan dilihat mulai membanjiri seluruh ahli keluarga, sahabat handai memberi penghormatan terakhir seawal 7 pagi, Allahyarhan dikurniakan 13 orang anak dan 22 cucu.

Bagi pihak MTD Sura, cawangan-cawangan, seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai dan penduduk gong pasir dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gong Pasir selepas solat Zohor. ( Al-Fatihah)