KUALA LUMPUR- Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.
Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.
Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata, bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.
“Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu ia didapati berisi kepala babi hutan,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.-Bernama
2018, ISLAM MEMANDU WAWASAN NEGARA MAJU
-
AlhamduliLlah, kita akan selamanya beruntung kerana masih diberikan nyawa
dan Islam sebagai nikmat yang paling bernilai. Menjelang detik tahun baru
2018,...
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan