Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata DPPWP telah menghantar sepucuk mengenai perkara itu kepada Pakiam semalam.
DPPWP tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku, menjadi lebih serius.
DPPWP melihat pertemuan ini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, DPPWP melihat ruang diplomasi masih ada "dan kita menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini".
DPPWP menyokong keputusan PAS pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.
DPPWP juga, kata Kamaruzaman, bercadang menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan tersebut.
"Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
DPPWP berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam," katanya.
SELAMAT MENJALANI SESI BARU PERSEKOLAHAN
-
Hari ini bermulanya persekolahan bagi seluruh negeri Terengganu dan yang
kawasan bersamaan dengannya. Sudah tentu sedikit kekalutan yang bakal
ditempuhi o...
6 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan