I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Rabu, 27 Januari 2010

Operasi perangi kafe siber judi habis-habisan


AMPANG – Kesungguhan polis Selangor memerangi jenayah perjudian berkomputer di setiap daerah yang dikenal pasti menunjukkan hasil setelah 21 pemilik premis ditahan, baru-baru ini.

Dalam 21 serbuan Operasi Dadu yang dijalankan di sekitar daerah Ampang sejak awal Januari sehingga kelmarin, polis turut merampas 199 mesin perjudian berkomputer menggunakan Internet.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, semua pemilik premis yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Kita akan meneruskan operasi khas ini bagi memerangi habis-habisan kegiatan perjudian berunsurkan mesin komputer berinternet agar kegiatan perjudian dapat dihapuskan sama sekali terutamanya dalam daerah Ampang Jaya.

“Operasi akan dijalankan secara berterusan dan kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi sindiket perjudian ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan indah di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Pencegahan terhadap penganjur kegiatan perjudian ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengisytiharkan perang kafe siber dalam rancangan polis tahun ini bagi mengekang kewujudan premis perjudian berkomputer yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak dan Ampang antara empat daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan panas perjudian berkomputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan