ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), akan menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Selayang, Selangor dalam masa terdekat ini.
Wan Ismail, 59 (kiri), yang menghidap Hepatitis B dan dimasukkan ke HUSM sekembalinya dari Mekah Jumaat lalu, bagaimanapun tidak dapat menentukan tarikh sebenar pemergiannya ke hospital itu sehingga diberitahu oleh doktor yang merawatnya di HUSM.
"Ketika ini pihak hospital sedang menyiapkan laporan perubatan sebelum menentukan tarikh saya akan dimasukkan ke Hospital Pakar Selayang," katanya, ketika ditemui di Wad 8 Selatan HUSM hari ini.
Beliau berkata keadaan kesihatannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital itu.
Wan Ismail berkata, beliau dikesan menghidap penyakit itu kira-kira lima tahun lalu dan menjalankan aktiviti seperti biasa sebagai ADUN dan semakin serius ketika beliau berada di Mina sewaktu melontar di jamrah.
"Saya bagaimanapun alhamdulillah sempat mengerjakan haji dengan sempurna walaupun tidak sempat melontar pada hari ketiga taysrik dan terpaksa mewakilkan kepada orang lain," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan calon BN Azmi Ishak dengan majoriti 1,616 undi.
SELAMAT MENJALANI SESI BARU PERSEKOLAHAN
-
Hari ini bermulanya persekolahan bagi seluruh negeri Terengganu dan yang
kawasan bersamaan dengannya. Sudah tentu sedikit kekalutan yang bakal
ditempuhi o...
6 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan