I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Jumaat, 18 Disember 2009

Saman pengetua oleh guru Mac


Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

________________________________________

KUANTAN - Seorang guru, Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman terhadap pengetuanya, mendakwa dia sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan cuba mengadakan perbincangan luar tetapi sehingga kini ia masih dipandang sepi.

Oleh itu, menurut guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini, dia yang tiada pilihan terpaksa membawa masalahnya ke mahkamah.
"Saya sudah cuba berbincang tetapi pihak terbabit enggan menyebabkan saya terpaksa meneruskan kes ini," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Hassan Abdul Ghani semalam menetapkan 15 Mac tahun depan bagi kes Rozilah yang mengemukakan saman berjumlah RM228,000 terhadap pengetua sekolahnya, Aluwiyah Osman kerana didakwa menjejaskan reputasinya.
Sementara itu, peguam Rozilah, Balkhis Alias pula berkata, sebagai peguam yang dilantik, beliau akan menuntut apa yang dipinta oleh anak guamnya.

"Anak guam saya mengakui dia tidak
Anak guam saya mengakui dia tidak mempunyai pilihan dan sudah tiada saluran untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya.

"Jadi mahkamah adalah harapan terakhir bagi dia atau seseorang individu itu untuk mendapatkan keadilan dan hak buat dirinya," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan