I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Isnin, 14 Disember 2009

PM terima peletakan jawatan Sulaiman

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib sebagai timbalan menteri pelancongan, berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata, beliau telah bersetuju menerima peletakan jawatan Sulaiman (kanan) atas alasan peribadi.

"Keputusan ini dibuat setelah saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri," katanya.

Walaupun demikian, katanya, Sulaiman akan terus kekal sebagai ahli parlimen Kota Samarahan.

Sehubungan itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau.

"Saya juga berharap beliau akan terus memberi sumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Barisan Nasional," katanya.

Minggu lalu, Abdul Taib berkata hasrat anaknya untuk meletak jawatan tiada kaitan dengan politik.

Sebaliknya, kata beliau, hasrat Sulaiman untuk meninggalkan pentadbiran Persekutuan adalah lebih berbentuk peribadi kerana anaknya itu masih terjejas dengan kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 29 April lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan