I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Ahad, 20 Disember 2009

Polis Terengganu Dampingi Rakyat Melalui Laman Web

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu kini mempunyai laman web sendiri dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala dengan masyarakat setempat bagi membanteras masalah jenayah dan sosial di negeri itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, melalui laman web itu, pihaknya akan dapat berinteraksi dengan orang ramai mengenai apa juga yang diperlukan khususnya kerjasama dengan pihak polis.

"Laman web itu lebih kepada maklumat mengenai kegiatan kontinjen polis Terengganu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Seramai 246 orang pegawai, anggota polis serta kakitangan awam menerima anugerah pada majlis itu.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman web IPK Terengganu melalui alamat www.polistrg.gov.my.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak 50 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya sasaran itu berdasarkan penurunan kadar jenayah sebanyak 10 peratus setiap tahun di negeri itu.

"Sasaran pencegahan jenayah untuk tahun depan tertumpu kepada golongan remaja dan pelajar kerana kadar jenayah di kalangan golongan itu begitu tinggi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, sebagai salah satu aktiviti mendekatkan diri dengan masyarakat, polis negeri akan mengadakan persembahan hiburan setiap hujung bulan di Dataran Batu Buruk, di sini serta mengadakan pameran. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan