I made this widget at MyFlashFetish.com.

YB ADUN SURA

Jumaat, 18 Disember 2009



SOALAN:
Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat Ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..
(HINT)pahala sembahyang jumaat bergantung kepada masjid mana dia sembahyang:
-di masjid jamek pada hari jumaat ialah 150 kali ganda,
-di masjidil haram 100,000 kali ganda
-di masjid nabi 1,000 - 10,000 kali ganda (minimum dan maximum)
Sekiranya sembahyang jumaat pada bulan Ramadhan digandakan 70 kali ganda, campur pahala gandaan masjid .

JAWAPAN:........................................

(SOALAN BONUS)
MAKA..BERAPAKAH PERSAMAAN SERENTAK JIKA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH ATAU LEBIH TERUK MENINGGALKAN SOLAT??(TOLONG KIRAKAN)

SOALAN:
Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.
JAWAPAN: (JGN TEKAN BUZZER =D)................................................

SOALAN:
Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?
JAWAPAN:..................................ISI TEMPAT KOSONG

SOALAN:
Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?
JAWAPAN:........................................................

SOALAN:
Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)
pernah dengar satu cerita dari ustaz , ada seorang ahli ibadah beribadat selama 500 tahun tanpa henti..namun masih tak dpat nak bayar nikmat sebiji mata...
JAWAPAN:.............................................

SOALAN:
Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?
(HINT) Sekiranya saiz batu itu adalah sebesar kepala manusia dan berjisim 3.56 kg, dan isipadunya di anggap tumpat, dan dengan mengaggap graviti neraka adalah sama dengan bumi iaitu 9.81 Newton, berapakah kedalaman neraka sekiranya 70 tahun masa yang di ambil untuk batu itu jatuh.

Jawab, jangan tak jawab.......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan